NADI MAHIR FOTO MINGGU KEDUA – Pengenalan Asas Fotografi
24 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Julai 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Program Kursus NADI Mahir Foto Minggu ke 2 ini memberi pendedahan kepada peserta tentang sejarah awal dan evolusi fotografi sejak dahulu kala hingga masa kini. Peserta diperkenalkan tentang konsep asas penemuan kamera , jrnis-jenis kamera yang ada termasuk kamera telefon bimbit serta mengenali kepentingan kamera sebagai salah satu alat dokumentasi yang paling berpengaruh dalam dunia ini.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: